Dua produk, dua laluan berbeza. Pilih yang betul supaya anda terus nampak templat dan harga yang berkaitan dengan anda sahaja.
GURU PELATIH PRAKTIKUM OUM
Templat mengikut format praktikum OUM: RPH Single, Bulk RPH, dan Jurnal Refleksi Mingguan.
Masuk AIRPHGURU YANG SUDAH MENGAJAR DI SEKOLAH
AIRPH Plus untuk RPH harian guru bertugas — percuma sepenuhnya, sedang disiapkan.
Masuk AIRPH PlusPilihan ini disimpan dalam pelayar anda. Boleh tukar bila-bila masa melalui pautan Tukar laluan di bahagian bawah laman.
Versi untuk guru yang sudah mengajar sedang disiapkan. Tinggalkan emel anda di bawah, kami beritahu sebaik ia dibuka — tiada bayaran, tiada langganan.
Untuk guru pelatih OUM
Semua templat di sini mengikut format praktikum Open University Malaysia. Taip butiran pengajaran anda dan AIRPH tulis RPH penuh — satu RPH, banyak RPH sekali gus, atau jurnal refleksi mingguan daripada fail RPH yang anda muat naik.
FORMAT OUM · 3 MOD · 22 TEMPLAT · BM & BI
Cuba dulu
Tak perlu daftar, tak perlu kad kredit. Pilih RPH Single dan taip butiran pengajaran anda, atau pilih Jurnal dan muat naik RPH anda bagi minggu itu. Hasilnya keluar terus di halaman ini.
Selepas log masuk

Percubaan percuma. Cuba jana RPH atau jurnal di sini tanpa akaun — sehingga 10 percubaan bagi setiap alamat. Untuk penggunaan penuh, semua 22 templat dan mod Bulk RPH, log masuk ke akaun anda.
Tiga mod
Tukar mod di bahagian atas skrin. Setiap mod ada senarai templatnya sendiri, dan chat bermula semula supaya jawapan tidak bercampur.
Satu RPH untuk satu waktu pengajaran. Taip butiran — atau snap gambar bahan pengajaran — dan AIRPH tulis RPH penuh.
±1–2 MINIT SETIAP RPH
Satu-satunya mod yang menerima fail. Muat naik RPH anda bagi minggu itu, AIRPH baca dan tulis jurnal.
SATU MINGGU SETIAP HANTARAN
Beberapa RPH sekali jana. Beri subjek, tahun, topik dan bilangan RPH — setiap satu muncul dalam Sejarah RPH anda sebaik siap.
±2–5 MINIT SETIAP HANTARAN
Cara ia berfungsi
Ini paparan sebenar AIRPH. Tiada borang panjang — semuanya berlaku dalam ruang chat yang sama.

Pilih templat di bahagian atas, kemudian terangkan pengajaran anda dalam ruang taip. Semakin terperinci butiran, semakin tepat hasilnya.
Dalam mod ini sahaja butang klip muncul. Lampirkan semua RPH anda bagi minggu berkenaan, dan AIRPH membacanya sendiri untuk menulis jurnal refleksi.


Beritahu subjek, tahun, topik dan berapa RPH diperlukan. AIRPH jana kesemuanya dan setiap RPH muncul sendiri dalam Sejarah RPH anda — buka bila-bila masa, muat turun terus sebagai Word.
Setiap templat ada butang mata di sebelah tajuk. Tekan untuk melihat contoh RPH sebenar yang dijana oleh templat itu, supaya anda tahu bentuk hasilnya sebelum mula.

Templat
Kesemuanya format praktikum Open University Malaysia, termasuk templat baharu keluaran Mei 2026. Setiap format ada versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, untuk mod RPH Single dan Bulk RPH.
RPH penuh stail OUM, tanpa Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Stail OUM yang sama, tetapi disertakan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Format baharu OUM keluaran Mei 2026, tanpa Standard Kandungan dan Pembelajaran.
Format baharu dengan SK & SP, dan objektif ditulis mengikut tiga domain.
Format baharu dengan SK & SP, objektif tidak terikat kepada tiga domain.
Templat khusus mod Jurnal, menerima muat naik fail RPH satu minggu.
Request templat
AIRPH sekarang menyediakan format praktikum OUM sahaja. Kalau anda menjalani praktikum di universiti lain — atau institusi anda baru keluarkan format baharu — hantar contoh borang RPH anda dan kami boleh tambah sebagai templat.
Kalau bezanya cuma kecil — susunan ruangan atau istilah — tak perlu request. Beritahu sahaja dalam chat semasa menjana, AIRPH akan ikut arahan anda.
Harga
Satu langganan membuka kesemua 22 templat dan ketiga-tiga mod — RPH Single, Jurnal, dan Bulk RPH.
Harga dalam Ringgit Malaysia. Pembayaran disahkan secara manual selepas anda memuat naik resit — akaun dibuka sebaik resit diterima.
AIRPH hari ini tertumpu sepenuhnya pada praktikum OUM — templat, jurnal, dan istilahnya semua mengikut keperluan guru pelatih. AIRPH Plus pula untuk guru yang sudah mengajar di sekolah, dan ia akan dibuka percuma sepenuhnya — tiada bayaran, tiada langganan.
Mula guna
Guna akaun AIRPH anda. Selepas log masuk, anda terus masuk ke ruang chat.
Dua dropdown di bahagian atas. Tekan butang mata dahulu kalau mahu lihat contoh hasil templat itu.
Terangkan pengajaran anda — atau snap gambar bahan pengajaran dan biar AIRPH baca. Untuk mod Jurnal, lampirkan fail RPH minggu itu.
Belum di Google Play Store — anda muat turun dan pasang sendiri.
Telefon anda perlu kebenaran sekali sahaja untuk memasang app yang bukan dari kedai app.
Aplikasi ini akan boleh guna kamera dan storan untuk muat naik fail RPH sahaja.
LANGKAH 01 / 08 · MUAT TURUN
Pasang app
Buat masa ini app AIRPH ada untuk Android, dan ia belum diterbitkan di Google Play Store (versi iPhone dan Mac sedang dibina). Anda muat turun fail pemasangan terus dari sini, kemudian pasang sendiri pada telefon — pemasangan persendirian.
Muat turun app AndroidKamera terbuka terus dalam AIRPH dan kekal terbuka antara jepretan — snap muka surat satu demi satu tanpa keluar-masuk. AIRPH baca bahan itu dan tulis RPH yang selari dengannya.
PDF, Word, PNG atau JPEG — melalui butang + dalam ruang taip, sama seperti di komputer.
Buka terus ke ruang chat, tanpa bar pelayar dan tanpa menaip alamat laman.
RPH yang anda jana di telefon muncul dalam Sejarah RPH di komputer — dan sebaliknya. Satu akaun, satu baki kredit.
Log masuk sekali dengan kata laluan, selepas itu cukup sentuh sensor. PIN telefon diterima kalau cap jari tidak dikenali.
Sesuai untuk telefon lama. Android 7.0 ke atas.
Laman web dan app — dua-dua satu akaun
Kedua-duanya berfungsi sama — ketiga-tiga mod dan kesemua 22 templat, di laman web dan di app. Yang berbeza hanyalah bila satu lebih senang daripada satu lagi. Kebanyakan cikgu guna dua-dua: telefon semasa di sekolah, komputer semasa menyiapkan kerja di rumah.
Lebih senang di depan komputer
Lebih senang bila di sekolah
Kredit dikongsi. Sejarah RPH dikongsi. Log masuk sekali pada setiap peranti — apa yang anda jana di satu tempat, ada di tempat satu lagi.
Kata mereka
Soalan lazim
Tekan mana-mana soalan untuk lihat jawapannya. Kalau soalan anda tiada di sini, WhatsApp kami di bawah.
AIRPH mengikut format praktikum OUM — termasuk templat baharu keluaran Mei 2026. Ia menulis draf; anda tetap baca, betulkan, dan tandatangan seperti biasa sebelum serah kepada pensyarah penyelia.
Belum. Buat masa ini app Android diedar terus dari laman ini sebagai fail pemasangan (.apk), jadi anda perlu muat turun dan pasang sendiri. Semasa memasang, Android akan tanya kebenaran sekali sahaja kerana app ini bukan dari kedai app — itu perkara biasa untuk pemasangan persendirian.
Versi untuk iPhone dan Mac sedang dibina dan akan menyusul. Sementara menunggu, buka AIRPH dalam pelayar seperti biasa — fungsinya sama.
Buat masa ini AIRPH menyediakan format OUM sahaja. Kalau anda praktikum di IPT lain, hantar contoh borang RPH anda melalui borang Request templat — kami boleh tambah sebagai templat baharu.
Jurnal refleksi ditulis mengikut minggu. Kalau fail yang dimuat naik merangkumi lebih 7 hari, peristiwa dua minggu akan bercampur dan jurnal jadi tidak tepat — jadi sistem menolaknya dan minta anda pilih semula.
Biasanya satu minggu bermakna 5–15 fail RPH.
Setiap RPH masuk terus ke Sejarah RPH anda (ikon jam di atas ruang chat) sebaik sahaja ia siap — tiada e-mel diperlukan. Penjanaan mengambil 2–5 minit; anda tak perlu tunggu tetingkap terbuka. Dari Sejarah, setiap RPH boleh dibuka atau dimuat turun terus sebagai fail Word.
Tidak. PDF yang diimbas ialah gambar, bukan teks. Guna fail Word asal atau PDF yang dieksport terus dari Word.
Bayar mengikut pakej yang anda pilih, kemudian muat naik resit. Akaun dibuka sebaik resit disemak. Kalau resit anda betul tetapi akaun belum terbuka, WhatsApp kami — biasanya ia diselesaikan hari yang sama.
Ia untuk pakej satu semester (4 bulan), dan sah sehingga 31 Ogos 2026. Bayar sekali, guna 4 bulan penuh. Selepas tarikh itu harga menjadi RM 19.99 — masih jauh lebih rendah daripada harga penuh RM 99.99.
Fail yang anda muat naik digunakan untuk menjana hasil anda sahaja, dan dikaitkan dengan akaun anda. Ia tidak dikongsi dengan pengguna lain.
Tanya terus melalui WhatsApp. Kami balas soalan tentang templat, pembayaran, dan masalah penjanaan.
Log masuk, pilih templat, dan taip butiran pengajaran anda. Draf pertama siap sebelum anda sempat buka fail lama.
TAWARAN MERDEKA
Selamat Hari Merdeka, cikgu!